Monday 30 March 2015

Aku penasihat paling hebat di mata semua
Mana tidak nya, pasti ada saja yang ingin aku dengarkan permasalahan mereka
Aku ikot kan aja,  aku kan penasihat setia

Ada yang berterima kasih kerana telah melepaskan emosi nya
Ada yang siap cc di facebook dan media sosial
Ya, aku kan penasihat setia

Satu aku tak pasti
Aku kurang nasihatkan diri sendiri
Aku masih lagi di takat setaraf mereka
Menginginkan penasihat yang setia 
Mendengar cerita aku

Satu aku tak pasti
Jika aku menasihati diri sendiri
Adakah diskriminasi akan berlaku
Negativiti melawan positiviti 

Aku kan penasihat setia
Belajar dari Dia
Mana mungkin lupa
Aku tetap ada yang di atas Sana 
Pendengar setia aku
Yang Maha Pendengar

p/s: aku suka mendengar cerita dan bikin cerita lagi power, tapi jangan lupa kita semua ada Dia 


30 march 2015 2304am
KGB

Kau rasa la kan, bila mana kau rasa crush kau dgn sang lelaki tu dah lama
Itu cinta ke gila bayang?


Tak, aku cuba bezakan ja
Kau jangan salah faham


Crush itu boleh tiga empat lima dalam masa sehari
Tapi kalau dah sampai kau crush dekat sang lelaki sampai bertahun


Mungkin kau boleh tukar title sang lelaki itu dari crush kpd KGB
Kau Gila Bayang


Tak, ni aku Tanya tapi aku jawapan
Kau maafkan lah orang gila bayang ini ya


 garapan TulisanLesungPipit

semesterbreak2014

Wednesday 25 March 2015

Little People with a Big Heart of Hot Air Balloon 

Assalamualaikum hai,,

orang bijak pandai berkata


"I cannot even imagine where I would be today were it not for that handful of friends who have given me a heart full of joy. Let's face it, friends make life a lot more fun."


dan juga

Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."

dan lastly 

Our most intimate friend is not he to whom we show the worst, but the best of our nature."


Berdasarkan apa yg diulas bijakpandai, inilah friendships saya bersama rakan rakan Kolej Matrikulasi Selangor 2011-2012 , masih bersama sehingga ke alam universiti.


Kami bertiga sahaja yg berdarah ungu..
UiTM DIHATIKU  <3

we are at 7th International Putrajaya Hot Air Balloon 2015 
:)
kautsar dan aisyah are the one yg you boleh back to nature, means segala baik buruk perangai kita dan mereka terima, so do me .. :)


Walaupun pandangan kami terhadap politik malaysia sangat bercanggah antara satu sama lain tapi kami ttp bestie, yang penting idola kami sama iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.



dongak ke atas
lihat mana panasnya
sampai bila
pasti hujan akan turun
ahh,,bersahaja, angkat kening
jangan takut
hujan pasti turun









orang bijak pandai ini nak berkata pula :


tiada yang sempurna didunia
kau siapa nak menghukum mereka
teruskan kehidupan kau
cari identiti 

endah yang lain punya cerita
ahhh , kental la


peace assalam alaik 



Friday 20 March 2015

So nak dijadikan cerita macam mana aku start menulis ini adalah bila mana aku banyak membaca buku buku yang sempoi and cool bg aku utk tatapan anak muda remaja yg baru nak cecah sweet twenty two ini. Penulisan aku tak ada lah havoc sastera sangat tp tak pula puitis tersirat sangat macam Fynn Jamal semua tu. Just type apa yg ada dalam kepala dan minda. Aicehh…
Back to topic, aku menulis since aku sekolah rendah lagi,, macam suka sangat buat karangan  karangan fantasi  , then bila dah nak exam stop dan hilang minat.Same goes bila aku dah naik sekolah menengah.Minat. buat karangan 360 ayat tu kacang ja bagi aku dengan tulisan besar besar bulat bulat yang aku ada mesti dapat A la dari cikgu. Karangan English aku pon boleh tahan juga la, boleh la kot ,
Sekarang ini, bila dah ada leisure time aku suka la menulis menulis some simple note for self , wishlist bla bla bla dengan harapan nanti aku dah besar bila kau baca apa aku tulis mesti aku happy geli hati , tapi sekarang bila aku baca tulisan yg aku tulis dua tiga sem yg lepas rasa macam poyoooo habis diri ini.Muntah Hijau.
At this moment aku memang suka menulis, mostly terinspirasi dari novel terfaktab yg aku beli dalam tiga siri itu. Novel yg bukanya macam tipikal novel cecinta semua tp adalah koleksi cerpen yg sempoi.(ntah berapa kali nak sebut sempoi daa). Eh suka la nak type bahasa apa pon.
Right now tgh cari idea nak menulis dan terdetik nak menulis kronologi naik turun minat menulis aku ini.Menulis mungkin hobi yg dah dtg seiring dengan FYP yang perlukan banyak benda nak korek idea dan perlukan penulisan orang putih yg betul tatabahasa nya itu.

Cukup menulis noktah
benda paling senang buat kita bersyukur ialah bila kita melancong ke negara luar.
bersyukur dari segi apa? Maksudnya disini, bersyukur diberikan Islam itu sejak lahir lagi, bersyukur diberikan kedamaian hidup di negara sendiri.

Bila menjelajah ke negara orang , barulah sedar actually tanah tumpah darah ku jugalah yg terbaik sentiasa dihati.

So, basically just nak share my moment travel  to Ho Chi Minh , Vietnam . Negara yang mempunyai penduduk lebih kurang 92 juta. Terkejut kauu, ye lah nak dikiranya , negara sendiri ni kecik la amatnya. So this is some of the picture sepanjang 4 hari 3 malam di Vietnam .

Check this out!
Ini International Terminal di Bandar Ho Chi Minh . simple dan tak crowded pon.. 




Tarikan pertama di bandar adalah Indoor Market ini,  pelbagai benda dijual disini dari makanan kepada pakaian dan taklupa juga ole ole yg boleh tahan murah nya. One more things dekat sini, boleh guna Malaysia Ringgit utk urusan jual beli, so tek perlulah nak pergi tukar currency . Mereka terima duit kita ja , so senang sangat nak borong macam macam.
Dekat sini juga terkenal dgn kain SUTERA VIETNAM , satu pasang kain harga dalam RM50 tapi if pandai tawar menawar boleh dapat RM40 . Basically, one rules dalam urusan jual beli dkt sini adalah you all kena pandai tawar menawar and kalau tak nak cakap tak nak sbb peniaga dia akan minta korg beli juga , so boleh minta la kurang sampai byk mane pon, 
Bila nak berurus niaga membeli ini kan, dun worry kalau you all have broken english macam saya ni. dekat sini, peniaga semua pandai bahasa melayu,, fluent pula tu dah macam siam cakap melayu. Mana tak nya , bila dalam pasar ni rasa macam dekat malaysia, penuh rakyat kita. that how peniaga kat sana boleh pndai ckp melayu and improve gila sampai kita ngumpat2 pon dia faham.. watch out okay.

Lapar? yes mesti nak makan. Halal food merata rata sepanjang deretan hotel dekat Ho Chi Minh ini. Yup Halal, mostly yg buka restoran halal itu sendiri orang islam vietnam dan juga ada rakyat malaysia yg buka kedai dekat sana. In term of harga makanan , agak mahal juga macam you makan nasi ayam set yang ada sup, sayur goreng dan ayam bbq  berharga RM18.00 dan air minuman dalam RM8.00 segelas. Ya, that first day saya minum teh o ais limau harga RM8.00. Tercekik makk!!



 deretan restoran makanan Halal. Warung 1Malaysia pon ada.


bila datang negara org one things yg kita mesti nak cuba mestilah makanan popular dekat situ, ye dak? So dekat Viet ni, makanan harian nya ialah mihun sup. yup, mihun sup macam dekat tmpt kita, ada ayam ada daging. Mihun dia besar dari style malaysia dan mihun sup dia ada sayur , nnti dia serve dgn sayur ulam yg kita kena celup sendiri dalam kuah sup . Ala ala korean punya ulam salad tu juga. Satu lagi yg MUST TRY adalah kopi susu ais Viet. Homaii , kopi susu ais dia sedapp sangat, mmg tak jumpa la dekat mamak kopi ais ini. superb lega tekak panas panas . kalau ambil set mihun sup dgn kopi ais itu harga total sorg makan adalah RM12.00 . 

 my mom with her coffee ais .well my mom turun makan pakai kain batik dan baju duduk rumah ja sebab kedai tu sebelah2 ja dgn hotel kami 

 Mihun Sup Vietnam.


Kopi susu Ais

Pada malam nya pula, mmg tiap malam akan ada pasar malam. barang barang jual kebanyakanya adalah ole ole , beg beg, tshirt , makanan dan lain lain. Kalau dah keluar satu malam komferm nak keluar setiap malam membeli, macam ada ja yg tak cukup lagi. selamt mecuba menghabiskan duit sini.







I guess enough utk first timer punya cerita,, hee