Sunday 12 April 2015

Sejarah di Red Zone, Emergency Department Hospital Ampang
Januari 2015



"ten,, nine,,,eight,, seven,, six,, five,, four,, three,, two ,, one"
staff nurse memyebut satu per satu
masa dihentikan, dikira nadi
tidak dijumpai
cpr lagi kali ini
kini giliran aku yg menganti
debar dijantung ALLAH saja yg tahu
fikir hanya satu
LILLAHI TAALA
patient dah tak sedarkan diri
staff kiri dan kanan bersedia untuk take turn cpr
specialist membaca chest rhythm dan heart scan di monitor
doctors admin iv adrenaline entah kali ke berapa
semua siap sedia
suasana kelam kabut,
tirai ditutup rapi
dengar tangisan keluarga diluar
sabar menanti
keputusan hari ini
iv adrenaline complete 9mg
cpr complete 3 cycles
hanya itu yg sempat aku toleh di board
doctor pronounce death
suram kelam,,
tunggu ECG sehingga dapat straight line
kemaskan patient sedikit,,
tirai dibuka
raungan teriak ahli keluarga
sebak sedih terkejut
semua staff keluar dari tirai
memberi ruang kpd ahli keluarga
atas kehilangan ayahanda tercinta
titik,titik,titik,,
air mata keluar dari setiap dari kami
kepergian tak dijangka
selesai
keluarga diarah keluar
" bang, saya nak tolong?'
"masuk , pakai glove.."
dibuangnya intubated tube
branula
off normal saline
dirapatkan kedua tangan
diikatnya kedua kaki
dibetulkan kepala
disumbat kapas ke hidung dan telinga
dibalutnya kain putih
sedekahkan al fatihah dari dalam hati
Allah
sebak,,
beruap kaca mata
berhingus ditutup face mask
teringat ayah dan mak dirumah
jika ini terjadi pada mereka
tabahkah aku utk lalui
tabahkah aku utk hadapi
hari hari tanpa mereka lagi
disiapkan jenazah tadi
dijemput satu persatu ahli keluarga yg menanti
tak habis air mata menitik dipipi
" terima kasih , doctor
terima kasih , semua "
kata waris kepada kami
sungguh mati itu sangat sangat pasti
melihat jenazah yg sejuk
mata tertutup
tiada lagi nadi
tak sampai 2 jam kehadiran di kecemasan
dia pergi
berita sedih dan pengajaran utk diri ini
sekarang kita sihat
mana tahu seminit dua
selepas menaip tulisan yg tak seberapa ini
jari jemari ini keras
mungkin aku pergi juga
kerana mati itu bila bila masa
penginsafan diri
hari ini
sehari di zone merah
maksud tersirat disebalik sebuah pendakian yana membawa kita ke satu tahap yg mengajar erti suka duka juga mengenal Kamu yang berada di Atas sana

ApijahWishList2015 

Broga Hills 110415 checked 

Arrived at the peak at 6.30am something, what a view.
subhanallah

second peak of Broga hills

with this friends, yet we are classmates who are seldom be together yet this close us up

jadi nya, bawa abam dslr kesana sini, mengambil gmbar aja .
minat ini minat gua.


terima kasih Allah kerana beri peluang ini
terima kasih rakan2 yg menghargai kehadiran gua
terima kasih broga kerana memberi sesuatu dibawa balik

thanks alhamdulillah masih sihat wal alfiat smpai ke sini